Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Lama di Masjid Besi

Hebahan Perkhidmatan Pemuliaan (Pelupusan) Al-Quran dan Buku-Buku Agama (Teknologi Hijau) Yang Dikendalikan Oleh Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah

Assalamualaikum,
Merujuk perkara di atas, tuan/ puan yang berhajat untuk membuat pelupusan Al-Quran dan buku-buku agama dijemput untuk membawa bahan-bahan tersebut ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) bagi mendapatkan perkhidmatan pelupusan secara 'Deinking' (nyahdakwat) yang akan dikendalikan oleh pihak Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM5/KG pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Disember 2024 yang bermula pada 7 Disember 2024 sehingga 29 Disember 2024. Pelupusan Al-Quran mengikut syarak ini dituntut untuk memelihara kesucian Al-Quran dan agama.

Sekian.