Tempahan Baju Al Falah Batch 1 2026
Tempahan AlFalah Surau Kita Batch 01 kini dibuka.
Alhamdulillah, 24 tempahan telah diterima.
Sila klik di sini untuk membuat tempahan https://alfalahputrajaya.orderla.my/bajusuraukita



Tempahan AlFalah Surau Kita Batch 01 kini dibuka.
Alhamdulillah, 24 tempahan telah diterima.
Sila klik di sini untuk membuat tempahan https://alfalahputrajaya.orderla.my/bajusuraukita



Kepada bakal Haji & Hajah,
Kami mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan rohani, serta diberi Haji yang mabrur.
Pergilah dengan hati yang bersih, pulanglah dengan jiwa yang lebih tenang. Bawalah bersama doa kami, dan titipkan doa untuk kariah ini juga di hadapan Kaabah.
“Semoga Allah menerima ibadahmu dan menjadikanmu dalam kalangan hamba-Nya yang diredhai.”
https://www.facebook.com/100064747988837/posts/pfbid02Xddxr4awFsLsx4mvLy5HxvJPxgSAqSZz6hPhrmHHp5UWcTp8v1CH2DXpMiKb1RBul/

Puasa Sunat Enam Syawal
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.
2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat di bulan Syawal sebanyak enam hari, ganjaran pahala yang diperoleh setara dengan berpuasa sepanjang tahun.
3. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.
4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.
5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”
Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari di bulan Syawal.
Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadan). Bangunkan Jiwa Taqwa.


Alhamdulillah, Majlis Raikan Aidilfitri di Surau Al-Falah telah berlangsung dengan penuh meriah!
Terima kasih kepada semua yang hadir, menjadikan majlis ini penuh dengan keceriaan dan ukhuwah. Semoga ikatan silaturrahim kita terus terjalin erat, bukan hanya di Aidilfitri, tetapi sepanjang masa.
Terima kasih juga kepada semua AJK yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini, terutama dalam menyediakan hidangan kambing yang sedap! You know who you are!
Semoga kita terus diberi kekuatan untuk beribadah dan beramal baik. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 🙏
#RaikanAidilfitri #Silaturrahim #Alfalahputrajaya
https://www.facebook.com/share/p/1HmyEii6sN/