Makluman Terkini

Kursus Umrah Percuma - Juara Travel & Tours

🌟 Jom Sertai Kursus Umrah PERCUMA! 🌟

Juara Travel & Tour - Cawangan Bandar Baru Bangi menjemput anda untuk menyertai Kursus Umrah PERCUMA yang bakal mempersiapkan anda untuk perjalanan ibadah yang penuh keberkatan!

✨ Apa yang Anda Akan Dapat?
- Panduan Lengkap tentang ibadah Umrah
- Tips Praktikal untuk kelancaran perjalanan
- Sesi Q&A bersama penceramah berpengalaman

📅 Tarikh: Sabtu, 14 Dis 2024  
⏰ Masa: 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari  (minuman ringan disediakan pada pukul 10.30pagi)
📍 Lokasi: Surau Al-Falah, Pusat Komuniti Jln P9G, Presint 9, 62250 Putrajaya  
🗣️ Penceramah: Tuan Haji Abdullah bin Yaacob

💬 Siapa Patut Hadir?
- Bakal jemaah Umrah yang pertama kali
- Mereka yang ingin menambah ilmu tentang Umrah
- Individu yang mencari pengalaman rohani mendalam

📞 Daftar Sekarang!
Hubungi Puan Mozmeza Dahlia di 012-633 6902 untuk pendaftaran. Tempat terhad. Daftar segera sebelum penuh!


Link Pendaftaran Kursus :

https://forms.gle/7LMSMSR6yrKRgR987

Link Vaksin Umrah :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc9JXywZrtgQMFS2NSE-vFUBq_pPTFjrbnaEkR0WRwhpuyJ1A/viewform?usp=sf_link


Lokasi Surau :

https://maps.app.goo.gl/eALkor1MJB23nbXd7

🔗 Kunjungi Kami: [juaratravel.com.my](https://juaratravel.com.my)  
📱 Ikuti Kami di IG & FB: @juaratravelofficial


Juara Travel - Juara Pilihan Kami

Majlis Kesyukuran Mahabbah Aidilfitri Surau Al Falah

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Program Ihya' Ramadhan TNB 2024

Program Ihya' Ramadhan TNB 2024

Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bersama PPJ di Surau AlFalah

📆 Tarikh: 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadhan 1445h Khamis
⏰ Masa: 5 Petang Selepas Asar
📍 Tempat: Surau Al Falah Fasa3 Presint 9

Pihak TNB menyediakan juadah berbuka puasa dengan menu yang menarik untuk 400 orang

📌Atucara: 
5.00 Kedatangan Penerima Sumbangan
5.30 Kedatangan Tetamu
6.00 Ucapan Pihak TNB
6.15 Pemberian Sumbangan Ramadhan 
6.45 Persiapan Berbuka Puasa
7.23 Majlis Berbuka Puasa
8.00 Solat Maghrib Berjemaah
Majlis Bersurai

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

 

Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan 

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

2.  Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)

"malam kemuliaan  (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).

3.  Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

4.  Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

5.  Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

6.  Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

7.  Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk bertemu Lailatul Qadar. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini.

JOM BERBUKA PUASA DI SURAU AL FALAH

Surau Al Falah Presint 9 menganjurkan majlis berbuka puasa setiap hari. Semua ahli kariah surau dijemput untuk bersama-sama hadir berbuka puasa di surau.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.